Thursday, February 05, 2009

WHAT'S NEW?


Received a call this morning from a fellow blogger, asking me if I remembered when FAM had signed a 4 year MOU with NSC on the funding of the Malaysian Under 20 Team, recently known as Harimau Muda. I was puzzled, why you asking me that, I retorted. He said did you not follow the news last night, seems that KBS is taking over the Harimau Muda team from FAM, and that is an attempt to improve Malaysian football. Well my anmswer to that lies in the story that appeared in Berita Harian in 2006. The rest I will touch on latter.

"KALI ini kita ada proses yang betul," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr Ramlan Aziz, mengenai perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta yang dikeluarkan kerajaan bagi menaja skuad bawah 20 tahun negara.

Proses yang betul seperti dinyatakan Dr Ramlan itu boleh dilihat dalam konteks melahirkan satu pasukan kebangsaan lebih mantap untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Ini berikutan perbelanjaan besar tidak berbaloi ke atas skuad Olimpik Barcelona yang gagal menghasilkan kejayaan seperti diharapkan.

Langkah itu boleh dikira tepat sekiranya pemain skuad kendalian K Rajagobal itu menyerlah dalam Kejohanan Piala Remaja Asia di Kolkata, India, Oktober depan.

Tetapi berlawanan pula dengan pendirian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, hanya mensasarkan kemaraan ke pusingan kedua sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.

"Kita tidak mempunyai sebarang sasaran. Jika mereka mampu mara ke pusingan kedua, kita gembira," katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama dengan MSN bagi Penajaan Skuad Bawah 20 Tahun negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Perjanjian empat tahun itu membolehkan setiap pemain memperolehi elaun bulanan RM2,500 seorang.

Alasan Dr Ibrahim mudah, iaitu skuad bawah 20 tahun negara itu mampu berkhidmat dalam beberapa kejohanan antarabangsa selepas ini seperti dua Sukan Sea, kelayakan Olimpik dan Sukan Asia.

Beliau berkata, tajaan berjumlah RM3.5 juta itu bukan satu jumlah besar.

"Saya tahu peruntukan bagi setiap sukan dan jumlah RM3.5 juta ini adalah bagi 30 pemain pasukan ini. Jumlahnya paling sedikit selepas sukan angkat berat, kerana terdapat sukan lain yang menerima peruntukan sama bagi dua atau tiga atlit mereka," katanya.

Selepas menandatangani kontrak dengan FAM, katanya, setiap pemain tetap berpeluang mewakili pasukan negeri masing-masing.

Bagi pemain yang memperolehi gaji bersama pasukan negeri melebihi elaun yang ditawarkan itu, Dr Ibrahim berkata, FAM membayar lebihan gaji yang mereka perolehi itu.